
Rawatan Seanergy Peel adalah satu rawatan yang menggunakan “spicule” di mana “spicule” adalah satu zarah yang menyucuk yang berasal dari kalsium batu karang dari lautan dalam. Semasa rawatan zarah mikro ini akan terserap masuk ke dalam lapisan sel kulit derma selama 36 ke 48 jam.
Tujuan menggunakan Seanergy Peel ini adalah untuk:
Membaiki kulit yang berjerawat
Memulih kulit yang mengelupas
Menghilangkan pigmen kulit yang kelihatan
Mengecutkan liang roma kulit yang terbuka
Sebelum memulakan rawatan, sila pastikan anda baca nota di bawah:
Cara Mencampurkan Serbuk dan Cecair Seanergy
Seanergy Peel terdiri dari ampoule serbuk dan ampoule cecair. Ampoule ini diasingkan supaya anda boleh membuat larutan yang sesuai dengan kulit pelanggan anda ataupun jenis rawatan yang ingin diberikan. Sila rujuk kepada carta di bawah untuk mendapatkan idea sukatan yang sesuai bergantung kepada keperluan dan keadaan kulit pelanggan:
Ringan | Sederhana | Kuat |
Jenis Kulit & Penggunaan | ||
|
|
|
Sukatan Serbuk | ||
Muka - 0.25g | Muka - 0.5g | Muka - 1g |
Sukatan Cecair | ||
4ml | 4ml | 8ml |
Jadual Merawat | ||
Setiap 1 minggu | Setiap 2-3 minggu | Setiap 4-6 minggu |
Penggunaan rawatan peeling ke atas bahagian badan juga boleh dibuat. Berikut adalah sukatan minimum serbuk Seanergy bergantung kepada bahagian badan:
Lengan (sebelah) : 1g
Dada : 2g
Belakang badan : 3g
Kaki (sebelah) : 2g
NOTA PENTING
Sunscreen mesti dipakai sekiranya keluar dari rumah dan terdedah kepada cahaya matahari. Pigmentasi dan jeragat akan terjadi sekiranya tidak dilindungi dengan krim pelindung matahari
Pastikan tangan sentiasa bersih semasa dan selepas rawatan
Rasa kesemutan bila kulit disentuh adalah normal lebih-lebih selepas baru dirawat
Kemungkinan boleh terasa gatal selepas rawatan
Cuci muka secara ringkas tanpa menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan exfoliate seperti scrub, AHA, BHA dan sebagainya
Elakkan aktiviti yang berpeluh seperti gym, sauna atau makanan yang boleh menyebabkan peluh
Elakkan produk kosmetik yang mempunyai bahan memutihkan (whitening) atau anti-wrinkles seperti retinol
Individu yang mempunyai kulit yang sangat nipis harus elak rawatan seperti ini.
Langkah-langkah Rawatan Menggunakan Seanergy Peel
Bersihkan dengan Cleanser
Bersihkan kulit muka mengguna Stayve Mild Cleansing Milk atau apa-apa cleanser yang boleh membersihkan kulit muka dan membuang benda-benda luaran seperti makeup dan sebagainya.
Sebelum memulakan pembersihan, pastikan anda menggunakan sarung tangan atau sekiranya menggunakan tangan, pastikan tangan anda disanitasikan.
Ratakan cecair cleanser tersebut ke seluruh permukaan kulit muka sambil diselangi dengan urutan sekiranya perlu.Bersihkan Segala Sisa Cleanser
Kemudian lapkan menggunakan span lembut pakai–buang untuk membuang segala sisa-sisa cleanser tadi. Gunakan dua span lembut dengan memegang kedua-dua dan lapkan keseluruhan permukaan muka dari dahi hingga ke tengkuk.
Ulangi proses pembersihan tersebut dengan menggunakan span yang baru sebanyak 3 kali seeloknya.Sapu & Ratakan Krim Kebas (Numbing Cream)
Ceduk dan letakkan tompokan krim tersebut di zon-zon muka di dahi, kedua-dua pipi, hidung dan dagu.
Kemudian, ratakan tompokan krim-krim tersebut sehingga meliputi kesemua permukaan kulit muka. Elakkan dari menyapu bahagian kulit yang nipis seperti di mata, bibir dan tengkuk.Memastikan Kesan Kebas dan Bius
Lindungi bahagian mata dan bibir dengan menggunakan kapas sapu (cotton wipe) dan balut muka dengan menggunakan mask plastik.
Teknik ini akan memastikan kesan bius krim kebas tersebut akan berkesan untuk mengurangkan rasa sensitif dan pedih semasa melakukan proses peeling menggunakan Seanergy nanti.
Pastikan tiada gelembung udara semasa membalut untuk memaksimumkan keberkesanan krim kebas tersebut.
Tunggu dalam masa 15-20 minit untuk kesan kebas tersebut berlaku. Tanggalkan mask dan kapas.Bersihkan Krim Kebas
Dengan menggunakan spatula, sapu dan bersihkan sisa-sisa krim dari permukaan kulit muka. Berhati-hati supaya sisa-sisa krim tidak masuk ke dalam mata dan mulut.
Kemudian lapkan dengan menggunakan span lembab bagi memastikan tiada sisa-sisa krim yang masih tinggal.
Sediakan tuala muka yang lembab dan suam, dan kemudian letakkan ke atas muka bermula dari dagu hingga ke dahi tanpa menutup hidung pelanggan.
Tekan perlahan-lahan tuala tersebut di setiap bahagian muka. Urutan lembut juga boleh dituruti bersama.
Tanggalkan tuala tersebut.Sapu Campuran Seanergy
Sebelum itu, pastikan yang campuran serbuk dan cecair Peeling Seanergy adalah sesuai dengan keperluan atau keadaan kulit pelanggan anda. Sila rujuk jadual di atas untuk memastikan sukatan adunan adalah tepat.
Sediakan campuran tersebut di dalam mangkuk kaca yang sesuai dan kecil. Celup campuran tersebut dengan menggunakan dua jari anda dan sapukan ke kulit muka.
Ikut turutan sapuan bermula dari pipi, dahi dan kemudiannya hidung.
Ulangi sapuan campuran tersebut sehingga habis campuran tadi. Perhatikan kelihatan sapuan tersebut menjadi hijau setelah berulang kali disapu sehingga habis bancuhan kupas Seanergy tersebut.
Teruskan urutan di muka dengan pergerakan membulat di setiap permukaan kulit muka untuk meratakan sapuan tadi. Kemudian tekan perlahan-lahan dengan menggunakan telapak tangan atau jari (mana-mana yang sesuai) di bahagian yang disapu. Proses ini berlaku selama 2 hingga 3 kali.Bersihkan Sapuan Peeling Solution
Dengan menggunakan kapas pakai guna sekali lagi bersihkan sapuan tadi dengan arah ke luar muka. Bersihkan dengan sapuan yang sangat lembut, jangan terlalu kuat. Ini adalah kerana untuk mengelakkan kesan “micro-particle” dikurangkan.
Pelanggan mungkin akan berasa kesemutan atau “tingling sensation” pada muka. Ini adalah normal.Penjagaan Terakhir
Letakkan kapas kain kasa di mata dan letakkan mask sheet untuk meredakan dan melembabkan kulit muka yang sedang radang akibat kesan Seanergy Peel tadi.
Amat digalakkan untuk meletakkan “ice cold gel mask” di atas mask sheet untuk melegakan dan meredakan lagi kulit muka.
Untuk melembabkan lagi kulit muka, sapu krim yang sesuai ke seluruh kulit muka.
Selepas rawatan, kulit muka akan menjadi sensitif kepada cahaya matahari dan sinar UV. Oleh itu harus disapu dengan pelindung matahari atau “sunscreen”. Sapu secara rata ke seluruh muka dan tekan-tekan sedikit untuk meratakannya.
Kesan-kesan Selepas Rawatan Seanergy Peel
Kesan Serta-Merta Selepas Rawatan
Kulit menjadi merah
Rasa menyengat
Dijangka kekal dalam 24 ke 36 jam tetapi akan surut dalam jangka masa tersebut
Selepas 2-3 hari
Rasa sengat akan berkurangan dan sedikit kering
Kulit akan menjadi sedikit gelap dan sel kulit yang mati beransuran akan kelihatan
Gunakan pembersih hipoalergenik untuk membersih
Jangan gunakan tisu yang basah, sabun atau produk exfoliating yang lain atau yang menggunakan pellet/grain
Selepas 4-5 hari
Kulit akan terasa lebih kering
Sel kulit yang mati akan lebih kelihatan secara keseluruhan
Jangan tarik secara paksa sel-sel kulit yang dah mati, biarkan sahaja semua gugur secara semulajadi dan gunakan krim pelembab (moisturizer)
Jerawat mungkin akan kelihatan selepas sel kulit mati beransuran gugur
Jangan sentuh dengan tangan yang tak bersih
Selepas 1 minggu
Semua sel kulit mati akan gugur kesemuanya
Sel kulit baru akan kelihatan dan tekstur kulit muka akan lebih halus dan licin
![]() SEBELUM | ![]() SELEPAS 3 HARI |
Rawatan Susulan
Jadualkan rawatan seterusnya bergantung kepada kekuatan bancuhan Seanergy Peel. Lagi pekat bancuhan lagi kuat kesannya.
Jarak masa rawatan seterusnya kena bergantung kepada kepekatan bancuhan. Lebih pekat bancuhan, lebih lama lagi kulit mengambil masa untuk pulih. Sila rujuk kepada jadual rawatan di atas.
Keberkesanan Seanergy Peel ini bergantung kepada berapa kerap dibuat namun perlu berhati-hati kepada kekuatan bancuhan yang dibuat. Sekiranya bancuhan adalah ringan atau mild, ia lebih berkesan jika dirawat lebih dari satu kali.