icon-search

Kedai atau Mobile Spa, Pilihan di Tangan Anda

Kedai atau Mobile Spa, Pilihan di Tangan Anda

Kedai atau Mobile Spa? Pilihan di Tangan Anda

Setelah melihat dan memerhati usahawan-usahawan wanita menjalankan bisnes spa dengan jayanya, maka anda pun rasa bersemangat untuk memulakan perniagaan spa anda sendiri. Cuma bila memikirkan bagaimana nak bermula kadang-kadang kita terasa buntu sebab tak tahu macam mana nak mulakan bisnes.

Kalau kita lihat di kawasan rumah kedai, biasanya pada mata kasar kita mudah lihat kedai-kedai spa atau pusat-pusat kecantikan bertaburan di kawasan tersebut. Dalam lubuk hati kita mula terpancar impian ingin memiliki sebuah kedai fizikal spa yang cantik interiornya dan harum baunya.

Bayangkan customer anda menunggu di reception spa anda sambil disapa mesra oleh beautician anda untuk menawarkan pakej-pakej rawatan yang anda sendiri reka. Dengan penuh yakin beautician anda memberikan cadangan dan nasihat kepada customer yang mungkin masih lagi terpinga-pinga tidak tahu yang mana satu patut diambil. 

Akhirnya dia bersetuju untuk mengambil pakej yang dicadangkan oleh beautician anda. Dia bersetuju bukan tiada sebabnya. Dia bersetuju kerana beautician anda telah memberikan khidmat nasihat yang profesional dan berdasarkan fakta dan analisis kulit pelanggan tersebut.

Setelah memilih pakej yang dipersetujui, beautician anda pun mula memasukkan maklumat dan data yang diperlukan ke dalam app sistem rekod yang dipasang di dalam tablet. Segala maklumat dan pembayaran semua akan direkodkan ke dalam app tersebut dan anda boleh melihat segalanya dari phone anda. Indahnya dunia digital sekarang ini.

Spa Shop Maintenance.png

Kedai Spa, Impian Yang Indah Lagi Jauh

Namun begitu bila memikirkan realitinya, tentulah memulakan bisnes spa dengan kedai fizikal pasti besar modalnya. Ia tidak menjadi masalah sekiranya mempunyai tunai yang tersedia ada, atau pun mengenali seorang pelabur yang sanggup membantu anda, atau pun mungkin anda telah mendapat kelulusan pinjaman dari mana-mana institusi di Malaysia.

Jika anda berada di situasi di atas yang membenarkan anda untuk membuka kedai, teruskan rancangan anda. Mempunyai sebuah kedai spa adalah satu impian yang dikejar-kejar oleh semua usahawan wanita yang berminat dalam bidang kecantikan.

Tetapi bagaimana pula jika jalan pilihan anda agak terhad? Mungkin nak memulakan satu kedai spa yang lengkap agak keterlaluan kerana kita mempunyai modal terhad. 

Apa kata kita mulakan bisnes mobile spa? Anda pernah dengar tak mobile spa? Ya anda mungkin pernah sebelum ini tetapi kemungkinan anda belum pernah mencuba atau kenal sesiapa yang mempunyai bisnes mobile spa ini.

Trend mobile spa ini telah bercambah sejak bermulanya media sosial seperti Facebook dan Instagram beberapa tahun yang lalu. Pemilik mobile spa menggunakan platform ini sebagai punca mendapat pelanggan-pelanggan dari kawasan yang mereka sasar dalam marketing.

Bagaimana mobile spa beroperasi? Kenapa ia menjadi salah satu mode perniagaan yang terbukti menjana pendapatan untuk para usahawan wanita yang kerdil?


Mobile Spa Online Book Now.png


Mengapa Orang Menggunakan Khidmat Mobile Spa?

Jawapannya agak mudah kerana pengguna-pengguna telah mula merasai nikmat perkhidmatan dihantar terus ke rumah kediaman mereka. Mereka lebih selesa untuk duduk di rumah dan menunggu barangan atau servis dihantar terus ke pangkuan mereka. Kita boleh lihat trend tersebut dengan penggunaan GrabFood, Lalamove, Happy Fresh dan sebagainya.

Apabila para pengguna sebegini sudah selesa dan yakin dengan menempah secara online, dan menerima produk atau servis yang diminta, maka tidak hairanlah jika pengguna ingin mencuba perkhidmatan spa di rumah mereka.

Mereka tidak perlu memandu, mengharungi trafik yang tak pernah surut dan mencari parking yang semuanya memakan kos, tenaga dan masa. Jika dikira semua faktor-faktor kos tersebut, tidak hairanlah mereka sanggup mencuba perkhidmatan mobile spa dan mereka sanggup membayar kos perjalanan beautician mobile spa!


Mobile Spa Target Market.png

Target Market - Siapa Pelanggan Kita?

Golongan ibu yang mempunyai anak-anak kecil juga sangat tertarik dengan perkhidmatan seperti mobile spa ini. Mereka rasa lega dan selamat kerana mereka tidak perlu risau untuk memantau pergerakan anak mereka di rumah sendiri. Jika dibawa ke kawasan kedai, sudah pasti anda pun faham dengan kerenah anak-anak apabila melihat kedai-kedai yang menjual jajan-jajan atau pun mainan.

Ada juga golongan yang bekerja keras dan tidak ada masa untuk singgah ke kedai spa disebabkan urusan rumah dan tenaga sudah habis digunakan untuk menyelesaikan hal-hal pejabat dan rumah. Golongan ini sangat gemarkan servis mobile spa dan mereka lebih cenderung kepada melanggan pakej-pakej rawatan berulang kerana mereka tahu masa yang sesuai dalam jadual mereka yang ketat.


Kelebihan Mobile Spa

Jadi, kenapa mobile spa? Mari kita lihat apa kelebihan memulakan perniagaan mobile spa. Di sini kita cuba bincangkan kedua-dua pilihan secara seimbang, namun bisnes mobile spa ini jarang dibincangkan ataupun kurang difahami secara umumnya.


1. Kos Permulaan Yang Rendah Mampu Mula

Pertama, modal permulaan yang rendah. Percaya tak modal dalam RM1,000 - RM3,000 sahaja diperlukan untuk memulakan mobile spa. Rendah bukan? Jika dibandingkan dengan membuka kedai dengan berbagai kos yang perlu ditanggung seperti deposit kedai, ubaisuai, peralatan dan sebagainya yang kadang kala mencapai ratusan ribu.


2. Kos Operasi Yang Rendah & Terkawal

Kedua, kos operasi yang rendah. Dengan mobile spa, operasi perniagaan agak ringkas tidak seperti operasi kedai spa yang memerlukan pelbagai keperluan. Tiada sewa premis yang perlu dibayar. Tiada bil elektrik & air yang perlu ditanggung. Mungkin hanya perlu menanggung kos-kos bahan pakai buang (seperti kapas, kain kasa dan PPE), produk rawatan (yang biasanya tidak cepat habis) dan hanya bil handphone anda. Jika pada masa kurang pelanggan, kita tidak perlu gelisah menunggu di kedai.


3. Mesra Pelanggan, Hati Pun Senang

Yang ketiga, lebih mesra dengan pelanggan. Bila kita pergi ke rumah orang, kita cuba yang terbaik semasa memberi servis yang diminta, pelanggan rasa berpuas hati dengan kualiti kerja kita, maka kepercayaan mula terbit dari lubuk hati pelanggan. Dikenakan pula berada di rumah sendiri, pelanggan biasanya akan mula melayan kita sebagai tetamu terhormat. Kalau ikut pengalaman kita, ada sahaja yang menjemput kita untuk makan bersama. Kita semua tahu, makan di Malaysia ni adalah satu aktiviti yang wajib kan?

Bukan itu sahaja yang kita dapat. Apabila pelanggan mula yakin dengan servis kita, dia akan mula berkongsi pengalaman mereka dengan rakan-rakan atau ahli keluarga mereka. Secara automatik pelanggan kita terus bertambah tanpa perlu membuat marketing yang agresif.


4. Berniaga Secara Fleksibel, Part Time atau Full Time, di Mana Sahaja

Yang keempat, operasi yang lebih fleksibel. Seperti yang kita bincangkan tadi, operasi mobile spa agak mudah dan ringkas. Masa bekerja kita yang tentukan. Ini sangat sesuai untuk anda yang berniaga secara part-time. Anda juga tidak perlu risau untuk berada di kedai untuk membuka atau menutup kedai tersebut. Kadang-kadang juga kalau ada VIP customer yang tidak suka untuk meredah jalan dan sanggup membayar kita lebih untuk datang ke rumah mereka, kita boleh terus datang ke rumah mereka untuk memberikan rawatan spa yang diminta.

Kadang-kadang bila ada cabaran yang tak diduga datang menimpa, seperti kena pindah ikut suami ke tempat lain yang jauh, dengan bisnes mobile spa, anda mudah sahaja untuk memulakan perniagaan anda di tempat baru tersebut. Mungkin mula-mula agak sukar untuk mendapatkan pelanggan, tetapi sekurang-kurangnya kos masa dan wang tidak banyak diperlukan untuk memulakan bisnes di tempat baru.


The Correct Choice is What You Believe The Most!.png

Namun Pilihan Itu Semua Di Tangan Anda

Mungkin ada benda-benda positif yang lain berkenaan dengan mobile spa ini. Jika anda ingin ketahui lebih lanjut boleh Whatsapp terus Cik Lushville, tiada masalah, ataupun sesiapa sahaja yang anda kenal yang menjalankan bisnes mobile spa ini. Kena buat sendiri baru tahu pengalamannya macam mana.

Di sini bukan kita nak mengetepikan idea membuka kedai spa ini. Sebab berkenaan dengan membuka kedai ini ramai yang kita boleh jumpa dan dapatkan nasihat mereka. Dan juga, mobile spa ini mungkin boleh menjadi satu batu loncatan, ataupun, langkah permulaan menuju ke bisnes spa yang lebih besar lagi seperti kedai spa yang lengkap.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping