icon-search

Menarik ke Business Spa Ni?

Menarik ke Business Spa Ni?

Of course kalau kita lihat di sekeliling kita, tak payah pergi jauh-jauh, kita pergi dekat kawasan kedai dekat dengan taman perumahan kita, pastinya ada nampak kedai spa ataupun pusat kecantikan. 

Kita pun terfikir, kenapa ya mesti ada bisnes spa walaupun kita kadang-kadang tak nampak sangat orang keluar masuk. Kalau kedai spa tersebut dah beroperasi bertahun-tahun, mesti dia dah ada pelanggan tetap ataupun loyal customer.

Bermakna, peluang untuk bisnes spa ataupun perniagaan pusat kecantikan itu berada di mana sahaja kita tidak kira di mana kita duduk. Pengalaman kami, kami pernah berurusan dengan pemilik perniagaan spa yang kecil di Sabah dan juga di pekan kecil di Pahang.

Lushville Spa Product or Services.png

Dua Cara Berniaga Spa yang Lumayan

Tetapi bagaimana pula dengan pulangan hasil berniaga spa ni? Ok, berniaga spa ni kita boleh dapat dua cara:

  1. Jualan Produk

  2. Jualan Servis

Margin ataupun untung untuk kedua-dua sumber ini boleh dikatakan agak lumayan bergantung kepada produk, supplier dan servis yang diberikan. Margin untung boleh dijangka dalam 18% ke 110%! Ini termasuk juga dengan margin membuat servis kecantikan.

Bayangkan jika anda dapat menjalankan kedua-dua punca jualan bisnes spa anda (produk dan servis) dengan jayanya. Maksudnya dengan jaya di sini, anda mempunyai pelanggan tetap yang sudah selesa dan percaya dengan servis dan nasihat kecantikan, mempunyai sistem operasi spa yang teratur dan menyeluruh, mempunyai visi jenama spa yang kukuh, dan juga aliran tunai atau cash flow yang mantap.

Lushville Spa activities.png

Senang atau Susah Nak Start Meniaga Spa Ni?

Minta maaf kalau bunyi seperti susah saja nak mulakan bisnes spa. Sebenarnya itulah yang perlu kita capai secara perlahan-lahan dan tak berhenti belajar dan bertanya kepada mereka yang sudah berpengalaman. Sekiranya anda ingin meneroka lebih lanjut berkenaan dengan perniagaan spa ini, buatlah seperti berikut:

  • Cuba servis spa untuk diri sendiri dari sekecil-kecil kedai ke jenama yang popular.

  • Cuba lihat dan faham bagaimana kedai-kedai spa tersebut beroperasi; melayan pelanggan, spa menu yang ditawarkan, cara mereka atur barang-barang, cara rawatan, cara mereka menarik pelanggan dan sebagainya

  • Berkenalan dengan spa-spa owner dan bertanya bagaimana perjalanan perniagaan mereka dari kecil hingga menjadi bisnes yang stabil

  • Join group-group peniaga kecantikan atau persatuan sekiranya ada

  • Dapatkan maklumat tentang khidmat bantuan dari agensi-agensi kerajaan atau penguatkuasa dari segi sijil kemahiran, lesen, syarat-syarat perniagaan kecantikan atau pun bantuan kewangan modal

Lushville Spa Career.png

Jika anda anggap diri anda sebagai seorang pelabur atau investor tetapi berminat untuk menceburi perniagaan spa, mungkin anda perlu mencari seorang yang boleh membantu anda untuk menjalankan bisnes tersebut.

Jika anda seorang yang mempunyai minat mendalam dalam merawat kecantikan orang, mungkin anda boleh bermula secara kecil-kecilan seperti mobile spa. Atau juga bermula dengan mengambil kelas-kelas kemahiran seperti rawatan muka (facial) dan sebagainya. Ini merupakan salah satu langkah permulaan untuk menjadi professional beautician.

Jika anda seorang yang berminat dalam bidang kecantikan tetapi tidak mempunyai masa atau tenaga untuk merawat, anda juga boleh menceburi bidang ini dengan hanya menjual produk-produk kecantikan.

Menarik bukan? Ada berbagai-bagai cara untuk melibatkan diri kita dalam bidang bisnes spa ini. Kita hanya perlu tahu jalan mana yang sesuai untuk diri kita supaya kita senang bergerak dengan lancar dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik. Namun begitu, kesabaran dan usaha yang berterusan amat diperlukan sepertimana perniagaan yang lain juga.

Di Lushville juga kami ada menawarkan kelas-kelas kemahiran rawatan kecantikan. Kami jemput anda untuk menghubungi consultant kami untuk mendapatkan nasihat seperti ingin memulakan perniagaan dan sebagainya.


Pengalaman kami juga sebagai salah satu produk supplier untuk spa-spa di Malaysia merupakan satu nilai yang berguna untuk kami kongsikan bersama-sama bakal peniaga spa atau pun yang sudah berniaga sedia ada.



Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping